Aku menghempaskan diri di birai katil. Sambil memejamkan mata, fikiranku menerawang mengenang peristiwa semalam.
“Abang, kenapa buat begini? Sayang tak cukup baik ke buat abang? Abang… tiga tahun dah kita kenal, sepanjang tiga tahun tu juga la kita membenih kasih sayang, selama tiga tahun tu la juga bermacam-macam janji yang abang bina. Kenapa abang? Kenapa sanggup menduakan sayang???”
“Abang minta maaf sayang. Abang pun tak tahu kenapa abang buat tindakan bodoh macam ni. Abang menyesal sayang. Maafkan abang sayang. Maafkan abang…”
********************************************************************
Air mataku jatuh berlinangan. Setiap kali mengingati peristiwa hitam tersebut, setiap kali itulah air mata daraku jatuh berlinangan. Sungguh aku benci kaum Adam. Sungguh! Aku penat untuk mencintai dan dicintai, aku penat untuk menjaga hati orang lain, aku penat untuk berkorban jiwa dan raga, aku penat untuk mendengar janji-janji manis dari mulut seorang lelaki, aku penat! Aku penat untuk segala-galanya. Saat hatiku sakit, di saat itulah aku mendengar laungan azan menunjukkan waktu Asar. Aku bingkas dari tempat tidur lantas menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Usai solat Asar, perlahan-lahan mataku melilau mencari buku untuk dibaca. Aku ternampak buku himpunan seratus hadis yang pernah dibeli dulu. Aku segera membacanya. Dimulakan dengan hadis tentang niat sehinggalah hadis tentang perkahwinan. Sungguh aku mengakui bahawa lelaki zaman sekarang memilih perempuan hanya kerana rupa fizikal semata-mata. Perempuan pula hanya pentingkan kekayaan semata-mata. Tapi tidak bagi diri diriku, aku amat mementingkan iman dan akhlak. Tentang pendidikan, kekayaan, keturunan, itu semua menjadi perkara kedua bagi diriku.
“Ya Allah, aku maafkan segala kesalahannya.” Ujarku disertai dengan air mata ketenangan. Aku sedar, hatiku cuma akan tenang sekiranya aku maafkan lelaki yang pernah memberi kebahagiaan kepadaku. Sepatutnya aku sedar bahawa Allah lebih menyayangiku. Sepatutnya aku sedar bahawa ber’couple’ itu haram hukumnya. Sepatutnya aku sedar semua tu. Aku senyum sendiri mengenangkan kebodohan diriku.
******************************************************************
Setelah dua tahun menempuh alam menara gading, aku kelihatan lebih tenang dan gembira. Diriku yang dulu kusut diselubungi masalah cinta remajaku, kini aku lebih bersemangat setiap hari tanpa dibebani masalah cinta lagi. Aku lebih banyak meluangkan masa dengan kawan-kawan. Hatiku cukup gembira. Sehinggalah pada suatu hari….
“Wah, cantik cincin kau pakai Sue. Cik Abang ke yang beli. Hihi.. “ Sakatku sambil dihati memuji ikhlas kecantikkan cincin emas di tangan Sue.
“Semestinya Maya. Kan aku dah tunang” Jawab Sue tersipu-sipu malu.
“What? Kau dah tunang ke? Aduh, apasal aku tak tahu. Anyway congrats Sue. Siapa lelaki tu?”. Sumpah. Sikit lagi air kopi yang aku minum tersembur kat muka Sue. Kalau tak, memang muka Sue dah jadi bahan perisa kopi la lepas ni. Keh keh keh.
“Kau tu je yang tak tahu pasal aku Maya. Asyik dok menghadap laptop je. Layan facebook la tu 24 jam. Sampai hal kawan sendiri pun tak tahu. Kau ni ibarat katak bawah Perodua la Maya! Hikhikhik .. ..”
Semberono je kawan aku ni ubah peribahasa. Dah jadi katak bawah Perodua la pula. Kalau katak dengar ni kompem kecik hati. Asal balik-balik yang bawah tempurung, bawah rumah, bawah Perodua semuanya dikaitkan sal aku? Protess encik katak. Tak puas hati la tu.
“Aku tak layan la facebook ni Mira. Aku layan google book je. Cari maklumat.” Kataku bangga. Kalau time tu ade pita pengukur, kompem kebesaran lubang hidungku dah mencecah 7 inch.
“Yela tu. Berbalik pada soalan kau tadi, lelaki tu pensyarah bahagian syariah muamalat, Dr. Fadzilah Kamtome. Tahun depan kitorang nikah.”
“La, doktor tu ke? Aduh. Bertuahnya kau. Ade juga orang nak ek. Dah tu pensyarah lagi tu. Bukan alang-alang”
“Kau memang tak sayang mulut kan. Ingat aku tak laku ke. Walaupun aku hitam tapi manis tau. Semut pun silap hari bulan cari aku. Punya tak manis. Keh keh keh.” Senyum lebar Sue menampakkan sebaris giginya yang putih dan terselit kulit lada kat celah-celah giginya. Kalau ya pun nak senyum, buang la dulu kulit lada kat gigi tu. Ni kes lepas makan mee goreng tak tengok cermin la ni, getus hatiku.
“Kau bila nak kawin Maya?”Sambung Sue lagi.
“Aku tunggu kau putih, baru aku kawin”Jawabku dengan yakin.
Paakkk!! Satu pukulan padu aku terima. Sakit juga budak Sue ni pukul. Adess.
“Tau sakit. Dah tu aku tanye kau buat main-main. Aku tahu la Maya kau pernah break dengan dia tu. Tapi takkan kau nak membujang macam ni. Aku tengok Mail tu bukan main syok kat kau. Tiap hari tunggu kau depan gate fakulti semata-mata nak jumpe kau. Kau ni pesal takde perasaan Maya. Memang la Mail tu pendek, hitam, tak handsome, gigi kuning, badan bau busuk, kira lengkaplah serba-serbi kekurangan tu tapi kau juga cakap nak yang beriman dan berakhlak. Rupa fizikal tolak ke tepi. Mail tu budak surau juga. Pointer setiap sem 4.00 aje memanjang. Kire kalau kawin anak kau boleh pandai la tapi nak handsome tu kurang sikitlah. Keh keh keh.” Ulasan panjang lebar Sue yang aku tak minta pun.
Dah lebih minah ni. Kutuk Mail pula. Kalau ye pun ajak la aku sekali. Ni tak, habis semua point pasal keburukan Mail dia dah sapu. Ceh.
“ Memang aku akui Mail tu baik, jaga solat, akhlak pun baik. Tapi apa boleh buat, dah aku takde feeling kat dia. Takkan nak paksa kot.”
“Kena la paksa diri sayang oii! Kalau tak membujang je kau sampai ke tua”Nasihat Sue. Ikhlas.
“Tengoklah. Kalau ada jodoh tak ke mana”. Jawabku malas.
Selepas tu, suasana jadi suram. Sue pun dah balik. Tunang ajak tengok barang sikit katanya. Huh! Jeles juga aku. Camna la budak Sue ni boleh dapat Dr Fadzilah Kamtome tu? Punya handsome doktor tu. Aku rasa aku nak pergi jalan-jalan kat Mid Valley ke, Genting Highland ke, mana la tau terserempak dengan Awal Ashari. Mana la tau dia sangkut kat aku. Kot-kot time tu dia pun desperate cari makwe macam aku. Keh keh keh.
*******************************************************
Dalam kepenatan, aku segera mencapai laptop Toshibaku. Setelah memasukkan password, aku segera membuka laman web muka buku. Atau nama sainstifiknya, facebook. Aku segera mencari nama facebook yang selalu aku lawati. Setiap hari aku akan tengok wallpost yang dia post, gambar yang dia upload, dan lukisan yang dia lukis. Sungguh, dia la lelaki alammaya pertama yang dapat mencuri hatiku.
Siapa dia? Aku pun tak kenal. Aku hanya tahu yang dia merupakan engineer di salah sebuah syarikat miliknya sendiri. Aku sebenarnya tak tahu kenapa aku tertarik hati kat dia. Mungkin sebab dia pandai main gitar dan pandai melukis. Sungguh! Tu memang ciri-ciri lelaki yang aku idamkan. Kalau dapat, memang aku takkan lepaskan. Keh keh keh.
Saat aku menekan namanya, aku terkejut. Aku nmpak gambar profilnya merupakan gambar seorang perempuan yang tak bertudung tapi dia sungguh cantik. Aku jadi lemah. Tapi aku kuatkan semangat. Ni mungkin gambar artis. Pujuk hatiku.
Setelah aku teliti gambar perempuan tu, aku baru perasan yang perempuan tu la model kepada lukisan-lukisan yang dia selalu lukis. Aku rasa macam perempuan tu betul-betul wujud. Setelah itu, aku segera perhatikan status-status yang dia buat, semuanya berkisarkan cinta. Aku terpana. Aku segera cari facebook yang dia selalu like statusnya, setelah aku dapat. Aku dapati ianya seorang perempuan dan yang lebih mengejutkan, perempuan tu la pemilik kepada gambar yang dia jadikan gambar profilnya. Sedihnya aku. Rasa remuk walaupun aku tak ada hak rasa macam ni. Aku bukan couple dia pun. Aku bukan siapa-siapa baginya. Aku segera hantar pertanyaan mengenai perempuan tu kat wall facebooknya, dan yang lebih mengejutkan, dia padam post yang aku hantar kat wallnya. Ini membuatkan diriku bertambah yakin bahawa perempuan tu sememangnya ada kaitan tentang dirinya. Aku terdiam. Aku segera tutup laptop. Sepertinya hidup ini dah suram bagiku. Gelap gulita.
*********************************************************
Hari terus berlalu. Dah sebulan aku tak buka facebook. Laman muka buku itu dah tak menjadi rutin harianku. Setiap kali habis kelas, aku sengaja sibukkan diri dengan aktiviti luar seperti bersenam, main bola, berenang, daki gunung kinabalu, jalan-jalan di bulan, jumpa perdana menteri dan pelbagai lagi urusan sulit kerajaan yang lain. Begitulah perjalanan hidupku sehari-hari sehinggalah pada suatu hari…. …. …..
p/s: nak sambung boleh? Nak tengok bola la. Hidup bola, makan bola, lama2 jadi bola. Yeah~