Apabila Kipas Menjadi Lipas

suatu misteri yang susah untuk diungkap pada masa kini...

Friday, 18 November 2011

AlaMaya (Part 2)

Sambungan... ... ...

*************************************************************************************

Sehinggalah pada suatu hari, hatiku diserang oleh rindu yang mendalam terhadapnya. Aku ingin tahu apa yang dia sedang lakukan sekarang. Sihatkah dia. Apa lukisan baru yang dia lukis. Dah kahwin kah dia. Dah bertukar jadi perempuan ker. Semua persoalan tu satu persatu menyerang di sudut benak fikiranku.

Segera aku bangun menuju meja belajar yang agak penuh dengan rakyat jelata. Disitulah pensil, pen masing-masing baring buat hal sendiri. Disitulah juga jelas kelihatan para buku memenuhi ruang meja. Dorang ni tak reti ke nak bangun pastu masuk kawasan masing-masing? Gerutuku. Kalau boleh upah indon sebelah jadi bibik sebulan dua, ok juga kan? Hatiku membuat cadangan bijak sambil mengerling ke bilik sebelah milik dua pelajar dari Sumatera, Indonesia.

Punya lama aku tak buka facebook sampai labah-labah pun dah reti nak bezakan mana satu laptop, mana satu dinding. “Selamber mak abah labah-labah kau je nak buat sarang kat laptop aku. Punya banyak kawasan yang boleh kau buat sarang, laptop aku juga kau bahan ye.” Encik Labah-labah cuma mampu tunduk menikus mendengar bebelanku. Disaat aku leka menanggalkan sarangnya, encik labah-labah pun mengemas bajunya sambil berlalu pergi, “Eleh, nak tumpang seminggu dua pun kedekut. Kalau laptop Apple takpe lah juga kalau nak kedekut pun!” Ciss. Sempat lagi kutuk aku.

Usai proses pergaduhan dengan encik labah-labah, aku segera  buka laman yang dulu menjadi rutin harianku setiap hari, facebook. Banyak giler notifications, tu tak termasuk orang nak add jadi friend. Pening. Aku accept jela. Malas dah nak check satu-satu. Lagipun tujuan utama aku cuma nak tengok facebook si dia je. Hihi.

Semua statusnya, komennya, masih lagi menunjukkan perasaan cinta. Takde perubahan. Masih fall in love kot dengan budak perempuan tu. Gambar dia pun masih lagi guna gambar perempuan tu, Cuma kali ni gambar perempuan tu tengah minum sambil membulatkan matanya. Minum sambil marah atau time dia tengah minum tu, dia tersedak straw masuk dalam kerongkong. Entah la. Apa-apa pun, perempuan tu memang cantik sangat. Aku tak setanding.

Lama aku terdiam, aku berfikir sejenak. Semua yang aku buat, dia tak pernah nak respone. Gambar dia semua aku like, tapi gambar aku satu pun dia tak like. Status dia semua aku like, semua aku komen. Tapi semua dia tak bagi respone, apatah lagi nak like status aku atau komen statusku. Aku tiba-tiba rasa malu. Rasa terhegeh-hegeh pun ada. Patut ke aku suka dia padahal nama sebenarnya pun aku tak tahu. Aku cuma tahu dia adalah ‘Hang Jebat’. Itu pun nama facebook.

Aku mula mengenalinya dari laman facebook. Aku add dia sebab aku tengok lukisan-lukisan yang dia lukis. Semua cantik dan ada unsur humor. Sejak dari tu, aku mengikuti perkembangan lukisannya. Mula-mula terpikat dengan lukisan, cara dia buat status lawak yang boleh buat aku rindu setiap hari, cara dia buat lagu tentang gadis yang disukainya, lama kelama-lamaan, aku jatuh cinta pada tuan facebook. Cinta ku makin berkembang apabila aku mengetahui yang dia masih lagi tidak berpunya.

Tapi sekarang, meskipun statusnya masih lagi single, tapi aku yakin bahawa hatinya sudah terpaut pada perempuan lain. Aku tahu aku menaruh harapan pada cinta yang memang mustahil untukku memilikinya. Aku tak cantik. Tak setanding dengan perempuan tu. Sungguh berbeza dari segi fizikal. Aku cuma ada ilmu agama yang sedikit untuk mengajar anak-anak mengaji al-Quran, mengajar anak-anak solat, mengajar anak-anak supaya berakhlak baik. Tetapi lelaki zaman sekarang semuanya nak tengok rupa berbanding agama. (Kecuali penulis)


***************************************************************************

Patut ke aku terus untuk mencintainya, untuk menunggunya? Ataupun aku terima Mail mengisi hatiku yang lara ini? Aku keliru.


Bersambung pada muka surat sebelah.


p/s: Amacam? Ada bakat tak nak buat novel mengalahkan novel Harry Potter. Keh keh keh

Thursday, 17 November 2011

AlaMaya (Part 1)

Aku menghempaskan diri di birai katil. Sambil memejamkan mata, fikiranku menerawang mengenang peristiwa semalam.

“Abang, kenapa buat begini? Sayang tak cukup baik ke buat abang? Abang… tiga tahun dah kita kenal, sepanjang tiga tahun tu juga la kita membenih kasih sayang, selama tiga tahun tu la juga bermacam-macam janji yang abang bina. Kenapa abang? Kenapa sanggup menduakan sayang???”

“Abang minta maaf sayang. Abang pun tak tahu kenapa abang buat tindakan bodoh macam ni. Abang menyesal sayang. Maafkan abang sayang. Maafkan abang…”  

********************************************************************

Air mataku jatuh berlinangan. Setiap kali mengingati peristiwa hitam tersebut, setiap kali itulah air mata daraku jatuh berlinangan. Sungguh aku benci kaum Adam. Sungguh! Aku penat untuk mencintai dan dicintai, aku penat untuk menjaga hati orang lain, aku penat untuk berkorban jiwa dan raga, aku penat untuk mendengar janji-janji manis dari mulut seorang lelaki, aku penat! Aku penat untuk segala-galanya. Saat hatiku sakit, di saat itulah aku mendengar laungan azan menunjukkan waktu Asar. Aku bingkas dari tempat tidur lantas menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Usai solat Asar, perlahan-lahan mataku melilau mencari buku untuk dibaca. Aku ternampak buku himpunan seratus hadis yang pernah dibeli dulu. Aku segera membacanya. Dimulakan dengan hadis tentang niat sehinggalah hadis tentang perkahwinan. Sungguh aku mengakui bahawa lelaki zaman sekarang memilih perempuan hanya kerana rupa fizikal semata-mata. Perempuan pula hanya pentingkan kekayaan semata-mata. Tapi tidak bagi diri diriku, aku amat mementingkan iman dan akhlak. Tentang pendidikan, kekayaan, keturunan, itu semua menjadi perkara kedua bagi diriku.

“Ya Allah, aku maafkan segala kesalahannya.” Ujarku disertai dengan air mata ketenangan. Aku sedar, hatiku cuma akan tenang sekiranya aku maafkan lelaki yang pernah memberi kebahagiaan kepadaku. Sepatutnya aku sedar bahawa Allah lebih menyayangiku. Sepatutnya aku sedar bahawa ber’couple’ itu haram hukumnya. Sepatutnya aku sedar semua tu. Aku senyum sendiri mengenangkan kebodohan diriku.

******************************************************************

Setelah dua tahun menempuh alam menara gading, aku kelihatan lebih tenang dan gembira. Diriku yang dulu kusut diselubungi masalah cinta remajaku, kini aku lebih bersemangat setiap hari tanpa dibebani masalah cinta lagi. Aku lebih banyak meluangkan masa dengan kawan-kawan. Hatiku cukup gembira. Sehinggalah pada suatu hari….

“Wah, cantik cincin kau pakai Sue. Cik Abang ke yang beli. Hihi.. “ Sakatku sambil dihati memuji ikhlas kecantikkan cincin emas di tangan Sue.

“Semestinya Maya. Kan aku dah tunang” Jawab Sue tersipu-sipu malu.

“What? Kau dah tunang ke? Aduh, apasal aku tak tahu. Anyway congrats Sue. Siapa lelaki tu?”. Sumpah. Sikit lagi air kopi yang aku minum tersembur kat muka Sue. Kalau tak, memang muka Sue dah jadi bahan perisa kopi la lepas ni. Keh keh keh.

“Kau tu je yang tak tahu pasal aku Maya. Asyik dok menghadap laptop je. Layan facebook la tu 24 jam. Sampai hal kawan sendiri pun tak tahu. Kau ni ibarat katak bawah Perodua la Maya! Hikhikhik .. ..”

Semberono je kawan aku ni ubah peribahasa. Dah jadi katak bawah Perodua la pula. Kalau katak dengar ni kompem kecik hati. Asal balik-balik yang bawah tempurung, bawah rumah, bawah Perodua semuanya dikaitkan sal aku? Protess encik katak. Tak puas hati la tu.

“Aku tak layan la facebook ni Mira. Aku layan google book je. Cari maklumat.” Kataku bangga. Kalau time tu ade pita pengukur, kompem kebesaran lubang hidungku dah mencecah 7 inch.

“Yela tu. Berbalik pada soalan kau tadi, lelaki tu pensyarah bahagian syariah muamalat, Dr. Fadzilah Kamtome. Tahun depan kitorang nikah.”

“La, doktor tu ke? Aduh. Bertuahnya kau. Ade juga orang nak ek. Dah tu pensyarah lagi tu. Bukan alang-alang”

“Kau memang tak sayang mulut kan. Ingat aku tak laku ke. Walaupun aku hitam tapi manis tau. Semut pun silap hari bulan cari aku. Punya tak manis. Keh keh keh.” Senyum lebar Sue menampakkan sebaris giginya yang putih dan terselit kulit lada kat celah-celah giginya. Kalau ya pun nak senyum, buang la dulu kulit lada kat gigi tu. Ni kes lepas makan mee goreng tak tengok cermin la ni, getus hatiku.

“Kau bila nak kawin Maya?”Sambung Sue lagi.

“Aku tunggu kau putih, baru aku kawin”Jawabku dengan yakin.

Paakkk!! Satu pukulan padu aku terima. Sakit juga budak Sue ni pukul. Adess.

“Tau sakit. Dah tu aku tanye kau buat main-main. Aku tahu la Maya kau pernah break dengan dia tu. Tapi takkan kau nak membujang macam ni. Aku tengok Mail tu bukan main syok kat kau. Tiap hari tunggu kau depan gate fakulti semata-mata nak jumpe kau. Kau ni pesal takde perasaan Maya. Memang la Mail tu pendek, hitam, tak handsome, gigi kuning, badan bau busuk, kira lengkaplah serba-serbi kekurangan tu tapi kau juga cakap nak yang beriman dan berakhlak. Rupa fizikal tolak ke tepi. Mail tu budak surau juga. Pointer setiap sem 4.00 aje memanjang. Kire kalau kawin anak kau boleh pandai la tapi nak handsome tu kurang sikitlah. Keh keh keh.” Ulasan panjang lebar Sue yang aku tak minta pun.

Dah lebih minah ni. Kutuk Mail pula. Kalau ye pun ajak la aku sekali. Ni tak, habis semua point pasal keburukan Mail dia dah sapu. Ceh.

“ Memang aku akui Mail tu baik, jaga solat, akhlak pun baik. Tapi apa boleh buat, dah aku takde feeling kat dia. Takkan nak paksa kot.”

“Kena la paksa diri sayang oii! Kalau tak membujang je kau sampai ke tua”Nasihat Sue. Ikhlas.

“Tengoklah. Kalau ada jodoh tak ke mana”. Jawabku malas.

Selepas tu, suasana jadi suram. Sue pun dah balik. Tunang ajak tengok barang sikit katanya. Huh! Jeles juga aku. Camna la budak Sue ni boleh dapat Dr Fadzilah Kamtome tu? Punya handsome doktor tu. Aku rasa aku nak pergi jalan-jalan kat Mid Valley ke, Genting Highland ke, mana la tau terserempak dengan Awal Ashari. Mana la tau dia sangkut kat aku. Kot-kot time tu dia pun desperate cari makwe macam aku. Keh keh keh.

*******************************************************

Dalam kepenatan, aku segera mencapai laptop Toshibaku. Setelah memasukkan password, aku segera membuka laman web muka buku. Atau nama sainstifiknya, facebook. Aku segera mencari nama facebook yang selalu aku lawati. Setiap hari aku akan tengok wallpost yang dia post, gambar yang dia upload, dan lukisan yang dia lukis. Sungguh, dia la lelaki alammaya pertama yang dapat mencuri hatiku.

Siapa dia? Aku pun tak kenal. Aku hanya tahu yang dia merupakan engineer di salah sebuah syarikat miliknya sendiri. Aku sebenarnya tak tahu kenapa aku tertarik hati kat dia. Mungkin sebab dia pandai main gitar dan pandai melukis. Sungguh! Tu memang ciri-ciri lelaki yang aku idamkan. Kalau dapat, memang aku takkan lepaskan. Keh keh keh.

Saat aku menekan namanya, aku terkejut. Aku nmpak gambar profilnya merupakan gambar seorang perempuan yang tak bertudung tapi dia sungguh cantik. Aku jadi lemah. Tapi aku kuatkan semangat. Ni mungkin gambar artis. Pujuk hatiku.

Setelah aku teliti gambar perempuan tu, aku baru perasan yang perempuan tu la model kepada lukisan-lukisan yang dia selalu lukis. Aku rasa macam perempuan tu betul-betul wujud. Setelah itu, aku segera perhatikan status-status yang dia buat, semuanya berkisarkan cinta. Aku terpana. Aku segera cari facebook yang dia selalu like statusnya, setelah aku dapat. Aku dapati ianya seorang perempuan dan yang lebih mengejutkan, perempuan tu la pemilik kepada gambar yang dia jadikan gambar profilnya. Sedihnya aku. Rasa remuk walaupun aku tak ada hak rasa macam ni. Aku bukan couple dia pun. Aku bukan siapa-siapa baginya. Aku segera hantar pertanyaan mengenai perempuan tu kat wall facebooknya, dan yang lebih mengejutkan, dia padam post yang aku hantar kat wallnya. Ini membuatkan diriku bertambah yakin bahawa perempuan tu sememangnya ada kaitan tentang dirinya. Aku terdiam. Aku segera tutup laptop. Sepertinya hidup ini dah suram bagiku. Gelap gulita.

*********************************************************

Hari terus berlalu. Dah sebulan aku tak buka facebook. Laman muka buku itu dah tak menjadi rutin harianku. Setiap kali habis kelas, aku sengaja sibukkan diri dengan aktiviti luar seperti bersenam, main bola, berenang, daki gunung kinabalu, jalan-jalan di bulan, jumpa perdana menteri dan pelbagai lagi urusan sulit kerajaan yang lain. Begitulah perjalanan hidupku sehari-hari sehinggalah pada suatu hari….  …. …..

p/s: nak sambung boleh? Nak tengok bola la. Hidup bola, makan bola, lama2 jadi bola. Yeah~

Wednesday, 26 October 2011

kisah dongeng: Dayang Searang (part 1)

Tersebutlah kisah....


Di sebuah negara yang aman damai, tinggallah seorang perempuan yang diberi nama dayang searang bersama ibunya. Dayang searang mempunyai nama yang agak panjang (dan penulis pun agak penat nak taip nama dia panjang2 camni), maka dipendekkan cerita, ibunya cuma memanggilnya dengan nama "Ara". Ehem, agak glamour la juga.


Ara ni seekor seorang perempuan yang dilahirkan dalam keadaan sempurna, cuma satu saja menjadi problem yang agak berat bagi dirinya, iaitu warna kulit Ara agak menawan. Bak kata iklan, hitam itu menawan. Ya! Ara merupakan seorang perempuan yang teramatlah gelap ibarat jikalau dia senyum cuma menampakkan barisan giginya yang putih melepak dan ayu itu.




                                                           -Ara semasa berumur 15 tahun -
                                               
Dipendekkan cerita, pada suatu hari, ibu Ara telah mengarahkannya untuk membuat air minuman. Ara segera ke dapur untuk memenuhi permintaan ibunya. Sedang leka Ara mencari gula untuk dibubuh ke dalam cawan, tiba-tiba encik lipas muncul melintas dengan sopan dihadapannya. Ara yang teramat benci kepada makhluk warna coklat berkenaan tiba-tiba menjerit, "Arggghhhhhhhh!!!, Eiiiiii, syuh2. Pergilah!". Ara menjerit dengan kuat dan picth suara yang agak sumbang sehingga mengganggu kelekaan ibunya yang tengah leka bermain PS4. "ko ni apasal Ara?! setahu mak takde harimau kat dapur tu. cepatlah bawakan minuman tu ke mari!". Ara dengan segera menuju kepada ibunya seraya berkata "Mak tadi Ara tak sempat nak buat kopi kat mak. Air kosong jela ek?". "Air kosong pun jadilah. bak sini!". Ibunya pun meneguk air tersebut dengan rakusnya sopannya. 


Dalam masa yang sama, tanpa disedari oleh dua anak-beranak tadi, jeritan Ara telah didengari oleh seorang lelaki tanpa sengaja. Jeritan itu juga telah menyebabkan denyutan jantungnya berdegup dengan kencang tidak seperti sediakala. Lelaki itu tersenyum. Seperti ada agenda lain yang ingin direncanakannya. 


Siapakah lelaki tersebut? Apakah yang ingin direncanakannya? Adakah beliau seorang yang suka menyerang musuh menggunakan taktik kentut dalam selimut lalu menyebarkannya ke muka musuh dengan penuh keyakinan? Kita saksikan kemunculannya pada episod yang akan datang...


p/s: Agak penat la menaip sambil bercakap ni. Haus lak aku. Esok jela aku continue. Keh keh keh

Sunday, 23 October 2011

Pelajaran Cinta

Assalamualaikum. 


Eh, berfungsi lagi blog aku yang memang kurang macho ni. ingat bertahan sejam je. keh keh keh


ok back to my entry. harini beta rasa terpanggil untuk buat entry pasal aku dah upload my 1st video kat tiub lu, atau dengan nama lebih kurang glamour macam aku juga, youtube. mau nye tak happy, sehari suntuk aku depan laptop tunggu menatang ni upload kat tiub lu youtube, memang tak menggelabah. lama kot! asyik2 tak jadi je. dah aku bengang, aku amik pisau kat dapur, aku gi kat laptop aku seraya berkata "hang toksah nak pedajal aku, baik cepat upload video tu". muka encik laptop pun pucat. dengan lajunya dia upload video ni masuk dalam youtube. "saya tak wat lagi tuan, jangan marah2, nanti kuranglah kemachoan tuan. kihkihkih". Ces! Kutuk aku. nanti aku tak bagi kawin ngan cik ipod, padan muka! 


ok. Aku tipu. 




**************************************


Actually bkn video ape, slide je pun. kata2 cinta. tapi aku kasi tajuk pelajaran cinta. kira silibus baru la dalam pelajaran sekolah menengah. dan kompem mesti ade yang tanye, video ni ada kaitan tak dengan life aku. No! takde kaitan. aku saje buat ni sebab aku rasa sebagai seorang yang berjiwa romantis, aku harus manabur baja bakti kepada dunia keyoutuban. ape2 pun, layan jela. 











Pelajaran cinta


Saya tak pandai subjek English,
Asyik dapat D je tiap kali exam,
Tapi apa yang saya tahu,
Saya boleh cakap “I LOVE YOU” kat awak.

Saya paling tak reti subjek Geografi,
Asyik sesat jalan je nak balik rumah,
Tapi apa yang saya tahu,
Saya tak akan sesat setiap kali saya cari awak kat dalam hati saya.

Saya susah hafal tarikh-tarikh subjek Sejarah,
Asyik tak ingat bila Malaysia merdeka,
Tapi apa yang saya tahu,
Saya tak pernah lupa tarikh saya mula-mula kenal awak.

Saya selalu buat cikgu marah time subjek Kimia,
Asyik letupkan bahan eksperimen,
Tapi apa yang saya tahu,
Saya selalu berjaya bertindak balas dengan baik bila setiap kali awak senyum.

Dan saya tidak hebat dalam semua subjek,
Asyik dapat markah tercorot je,
Tapi apa yang saya tahu,
Saya hebat dalam semua subjek jika semua topik tentang awak. 

p/s: kepada brader2 yang nak tackle awek tapi kurang keyakinan dengan tahap kehenseman lu, try la tackle guna ayat ni. dapat awek cun jangan lupa jasa aku lak! 

kalau video ni tak menarik langsung, sekali lagi sila salahkan diri sendiri kerana telah menekan butang play di atas. keh keh keh

Saturday, 22 October 2011

Maka terhasillah...

Assalamualaikum... 


Rasa mcm mimpi jek aku ada blog. dulu punya la aku anti ngan benda alah ni. tapi malam ni bersamaan ngan 22 oktober 2011, aku secara syok gile2 paksa rela, buat blog yang entah seberapa ni. xtau la bertahan mana blog ni. paling lama sejam pun dah kira ok. ye x?


Aku ni bukan boleh, mula2 jek nampak semangat, nanti jadilah macam diari aku tuh, sehelai dua helai jek aku tulis macam2, dah lepas tu, langsung takde entry. kosong. aku nampak diari tu pun makin hari mcm makin menjauhkan diri jek dari aku. kalau aku tengok dia pun, dia macam nak taknak jek bagi tunjuk muka dia tuh. punya lah geram kat aku. cet!


Tapi ada satu alasan yang kuat nape aku nak berblogging. tapi yang penting bukan sebab famous la sebab aku tanpa blog pun boleh masuk tv gak. Punya tak hebat! Keh keh keh. Alasan tu, biar aku dan Allah je yang tahu. kalau korang dapat teka aku bagi tumbukan tepukan gemuruh. Baik x aku?




**************************************




Ok. Aku rasa aku betul2 takde bakat nak buat blog. Jadi kalau boring sila salahkan diri sendiri kerana follow aku. ngeh ngeh ngeh. 


Sekian.